Garis Panduan Mengenai Kritikan Terhadap Ekonomi Politik
Oleh Frederick Engels
Akibat terus-menerus daripada harta swasta adalah perdagangan – pertukaran keperluan-keperluan secara bertimbal balik – pembelian dan penjualan. Perdagangan ini, seperti setiap aktiviti lain, mesti di bawah penguasaan harta swasta menjadi sumber keuntungan secara langsung bagi pedagang; iaitu, setiap pedagang mesti menjual dengan harga yang paling tinggi yang dapat dan membeli dengan paling murah yang dapat. Maka, dalam setiap pembelian dan penjualan, dua orang dengan kepentingan yang bertentangan secara diametrik berhadapan dengan satu sama lain. Penghadapan ini adalah bersifat bertentangan, kerana mereka menyedari hasrat satu sama lain – menyedari bahawa hasrat mereka adalah bertentangan. Maka, akibat pertama adalah rasa ketidak-yakinan bersama, dalam satu tangan, dan kemunasabahan ketidak-yakinan ini – pengamalan cara-cara tanpa moral untuk mencapai hasil tidak bermoral – dalam tangan sebelah. Maka, maksim pertama dalam perdagangan adalah kerahsiaan – penyembunyian segala yang mungkin mengurangkan nilai barangan dalam pertikaian. Hasilnya adalah bahawa perdagangan dibenarkan mengambil kesempatan dari kejahilan, keyakinan, pihak bertentangan, dan sedemikian memasukkan kualiti-kualiti ke dalam komoditi seseorang itu yang sebenarnya tidak dipegang oleh komoditi itu. Pendek kata, perdagangan adalah pemalsuan sah. Mana-mana pedagang yang ingin mengutamakan kebenaran mungkin menjadikan saya saksi bahawa amalan sebenar adalah serupa dengan teori ini.
Sistem merkantil masih mempunyai ciri-ciri Katolik tanpa seni dan sama sekali tidak menyembunyikan sifat perdagangan tanpa moral. Kita telah menyaksikan bagaimana ia mempersembahkan ketamakannya secara terbuka. Sikap bermusuh negara-negara dalam abad kelapan-belas, sikap iri hati ganas dan kecemburuan perdagangan, merupakan akibat-akibat logik perdagangan seperti itu. Pendapat awam belum lagi diberi pandangan keperimanusiaan. Maka, mengapakah menyembunyikan benda-benda yang dihasilkan oleh sifat tidak berperikemanusiaan, ganas, perdagangan sendiri?
Tetapi apabila Luther ekonomi, iaitu Adam Smith, mengkritik ekonomi silam, perihal telah berubah secara mendadak. Abad itu telah diberikan pandangan keperimanusiaan; kewarasan telah menekan dirinya, kemoralan telah menuntut hak abadinya. Perjanjian-perjanjian perdagangan yang diperas, peperangan-peperangan komersil, pemulauan negara-negara dengan tegas, terlalu menyakitkan kesedaran maju. Hipokrasi Protestan menggantikan tempat keanehan Katolik. Smith membuktikan bahawa umat manusia, juga, terbenam dalam sifat perdagangan; bahawa perdagangan mesti menjadi “di antara negara, seperti di kalangan individu, ikatan perpaduan dan persahabatan” dan bukannya menjadi “sumber yang paling subur bagi perselisihan dan permusuhan” (rujuk kepada Kekayaan Negara-Negara, Buku 4, Bab 3, Bahagian 2); bahawa akhirnya ia terletak dalam sifat benda-benda bagi perdagangan, diambil secara menyeluruh, untuk membawa faedah bagi kesemua pihak yang terlibat.
Smith memang betul untuk menyanjung perdagangan sebagai berperikemanusian. Tidak terdapat apa-apa yang tidak bermoral sepenuhnya di dunia. Perdagangan, juga, mempunyai sesuatu aspek di mana ia memberi kehormatan kepada kemoralan dan umat manusia. Tetapi apatah kehormatan! Hukum tangan yang kuat, lebuhraya rompakan terbuka dari Zaman Pertengahan, diberikan pandangan keperimanusiaan apabila ia memasuki perdagangan; dan perdagangan dijadikan berperikemanusiaan apabila tahap pertamanya, yang disifatkan oleh pengharaman pengeksportan duit, memasuki sistem merkantil. Kemudian sistem merkantil sendiri dijadikan berperikemanusiaan. Sememangnya, ia adalah dalam kebaikan pedagang untuk berada dalam hubungan baik dengan orang yang dia membeli dengan murah daripada serta orang yang dia menjual kepada dengan mahal. Maka, sesebuah negara bertindak dengan tidak waras jika ia memupuk perasaan bermusuh di antara pembekal dan pelanggannya. Lebih baik hati, lebih berfaedah. Begitulah keperimanusiaan perdagangan. Dan cara berhipokrasi menggunakan kemoralan untuk matlamat-matlamat tidak bermoral adalah kebanggaan sistem perdagangan bebas. “Bukankah kami telah menumbangkan kezaliman monopoli-monopoli?” menjelaskan pihak hipokrit. “Bukankah kami telah membawa kesaudaraan rakyat, dan mengurangkan jumlah peperangan?” Ya, semua ini anda telah melakukan – tetapi bagaimana! Anda telah menghapuskan monopoli-monopoli kecil agar monopoli asas besar yang tunggal, iaitu harta, dapat berfungsi dengan lebih bebas dan tanpa had. Anda telah menamadunkan setiap pelusuk dunia untuk memenangi kawasan baru demi perkembangan ketamakan menjijik anda. Anda telah membawa kesaudaraan rakyat – tetapi kesaudaraan ini adalah kesaudaraan pencuri. Anda telah mengurangkan jumlah peperangan – untuk meraih keuntungan yang lebih besar dalam kedamaian, untuk meningkatkan sepenuhynya permusuhan di antara individu-individu, iaitu peperangan persaingan keji! Bilakah anda pernah melakukan apa-apa dari keperimanusiaan tulin, dari kesedaran sifat sia-sia tentangan di antara kepentingan umum dan individu? Bilakah anda pernah bersikap bermoral tanpa bersikap mementingkan diri sendiri, tanpa melabuhkan di belakang minda anda motif-motif tidak bermoral lagi egotistik?
Dengan membasmikan kewarganegaraan-kewarganegaraan, sistem ekonomi liberal telah mencuba sedaya upaya untuk meluaskan permusuhan, untuk mengubah umat manusia menjadi sesuatu kumpulan haiwan yang sangat lapar (kerana apatah lagi pesaing-pesaing?) yang memakan satu sama lain hanya kerana setiap satu mempunyai kepentingan yang sama dengan yang lain – selepas usaha persediaan ini, terdapat hanya satu langkah yang perlu diambil sebelum matlamat tersebut dicapai, iaitu pembasmian keluarga. Untuk mencapai ini, penciptaan cantik ekonomi sendiri, sistem perkilangan, datang membantu. Sisa terakhir kepentingan bersama, iaitu masyarakat barangan dalam milik keluarga, telah dilemahkan oleh sistem perkilangan dan – sekurang-kurangnya di sini di England – sudah berada dalam proses pembasmian. Ia adalah amalan biasa bagi kanak-kanak, apabila mereka sudah dapat bekerja (iaitu, apabila mereka mencapai umur sembilan tahun), untuk membelanja gaji mereka dengan sendiri, untuk melihat rumah ibubapa mereka hanyalah sebagai tempat kediaman, dan untuk memberikan kepada ibubapa mereka jumlah tetap bagi makanan dan tempat tinggal. Bagaimanakah ia dapat berlaku sebaliknya? Apakah lagi yang dapat dihasilkan oleh pemisahan kepentingan, seperti yang menjadi dasar bagi sistem perdagangan bebas? Apabila prinsipnya sudah digerakkan, ia berusaha dengan impetusnya sendiri melalui segala akibat-akibatnya, tanpa mengira jika ahli-ahli ekonomi menyukainya atau tidak.
Tetapi ahli ekonomi tidak menyedari sendiri apakah matlamat yang dilayani olehnya. Dia tidak menyedari bahawa dengan segala kewarasan egotistiknya, dia hanya menjadi satu ikatan dalam rantai kemajuan abadi umat manusia. Dia tidak menyedari bahawa dengan pembasmian segala kepentingan kumpulan, dia hanya membuka jalan bagi perubahan termasyhur yang abad ini menuju kepada – pendamaian umat manusia dengan alam dan dengan dirinya sendiri.

No comments:
Post a Comment